Sunday, January 24, 2021

Briyani Ayam Resepi Mudah







Versi briyani nie memang simple dan cepat dimasak. Cubalaa kalau tak caya.

Bahan Bahan:

500gm ayam yang dipotong kecik
1/2 cawan yoghurt
1 tsp serbuk Kunyit
1 tbsp Pes Halia
1 tbsp Pes Bawang Putih
1 1/2 tsp serbuk Briyani
1 1/2 tsp serbuk cili
1 bawang merah
1 tomato
2 cili merah
1 Kayu manis
6 bunga cengkih
2 bunga lawang
3 buah pelaga
1 bay leaf
Garam
Sedikit daun pudina

2 cawan Basmathi rice 
3 cawan air.
Minyak sapi #Yashkri


1. Masukkan yogurt, serbuk cili, pes halia dan bawang putih dan satu sudu kecik garam

2. Campurkan sampai sebati

3. Aku terlupa item paling penting...Mintak maaf ye.Tolong masukkan serbuk Briyani dan marinate dalam 30 minit.

4. Nie laa brannd minyak sapi dan serbuk Briyani yang aku pakai.

#Yashkri nie memang sedap...dan dia orang ada bermacam macam lagi minyak macam minyak bijan, kelapa, kacang tanah.memang berkualiti giler.
Kalau nak beli layan FB diaorang : https://m.facebook.com/yashkri/

5. Nampak blur kan...bukannya aku Tak reti ambik gambar...beras tu memang tak nampak..
Rendam beras tu dalam air lebih kurang 30 min.
Kuantiti air Tak penting.

6. Masukkan Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bay leaf dalam 3 tbsp minyak sapi #Yashkri

7. Masukkan bawang merah dan gaul sampai bawang tu dah jadi soft.

8. Masukkan cili merah dan tomato..masak sampai tomato tu jadi soft giler ye...

9.  Nie dah jadi soft laaa nie...

10. Masukkan ayam yang dah marinate tadi dan kacau.

11. Biarkan dalam 10 minit...ayam tu separuh masak dah cukup. Dalam 5 minit tu tambah 1/4 cawan air dan kacau. Bukan apa..takut kuah tu kering

12. Nie dah separuh masak nie...

13. Masukkan beras dan gaul sampai sebati.

14. Masukkan 3 cawan air dan daun pudina

15. Masukkan 2 tsp garam atau ikut taste korang laa.

16. Kacau bagi kuah tu dah sebati dengan nasik.

17. Biarkan dalam 10-15 minit.

18. Dah masak dan boleh dimakan begitu saja. Takde kari Ayam pun takpe. Sebab briyani nie memang basah sikit.




Nie saya sertakan link Youtube channel kitaorang : 



No comments:

Post a Comment

Instagram Widget