Sunday, January 24, 2021

Kari Ayam Tanpa Santan





Hari nie saya nak share resipe kari ayam tanpa santan plak.
Resipe nie saya modify sikit dari resipe asal dari Youtube Channel kami (ShiniesKitchen - https://youtu.be/cBKGAftWAns). 
Masa buat video ori tu, my wife was around. Kali nie aku sorang je.
So, resipe nie lagi simple dari yang asal. 
Sebabnye, sesetengah bahan tu entah mana wife aku simpan. 
Tapi, kesudahannya...resipe aku nampak lagi sedap plak..heran aku.

Bahan Bahan
Ayam - 1kg
Bawang Merah - 2 biji
Tomato - 1 biji
Ubi Kentang - 2 biji
Pes Halia + Bawang Putih - 2tbsp
Garam

Rempah Ratus 

Kayu Manis - 1 batang
Bunga Lawang - 2 biji
Bunga Cengkih - 6 biji
Buah Pelaga - 3 biji
Cili Kering - 8 biji
Jintan Manis - 1 tsp
Daun Kari - 2 

Serbuk Masala

Serbuk Cili - 3tsp
Serbuk Kunyit - 3tsp
Serbuk Kari Daging - 4tbsp
Serbuk Ketumbar - 3tsp
Garam Masala - 1tsp
Serbuk Jintan - 1/2 tsp
Serbuk Lada Hitam - 1tsp

Cara Penyediaan 
1. Ayam tu tolong marinate selama 10 minit dengan 1 tsp serbuk kunyit dan garam.

2. Daun kari tu ekslusif dari balkoni apartment aku tau. :P

3. Semua serbuk rempah yang kita nak pakai satgi wokay!

4. Panaskan kuali pastu masukkan sedikit minyak masak. Masukkan semua bahan "Rempah Ratus". Kacau selama 2-3 minit.

5. Masukkan bawang merah yang telah dipotong kecik dan gaul.

6. Selepas 3-4 minit, masukkan pes halia+bawang putih dan kacau lagi untuk 3-4 minit.

7. Masukkan tomato yang telah dipotong kecil. Kacau sampai tomato tu jadi lembut.

8. Masukkan ayam dan 1tsp serbuk kunyit. Kacau dalam 5 minit.

9. Masukkan ubi kentang dan cili hijau. Kacau selama 3-4 minit.

10. Masukkan semua bahan serbuk tadi dan 2-3 tsp garam. Gaul sampai sebati. selama 5 minit.

11. Masukkan 5 cawan air dan apa lagi...gaul laa lagi .BRenehkan untuk 15-20 minit. Check garam..kalau tak cukup, tambah lagi la bossku

12. Dah siap untuk dihidang. Silalah menjamu selera dengan keluarga tercinta! Kalau masih single tu, share laaa dengan gelfren ke boyfren ke, jiran sebelah ke...

No comments:

Post a Comment